18.6.12

Home » Semester 8.

Semester 8.

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah.
Esok dengan izin-NYA, insyaALLAH, Saya akan jadi pelajar tahun akhir untuk semester yang terakhir!
Jazakallahu khairan kahtira..

Lepas seminggu masuk kuliah, kemudian akan bersambung dengan Internship selama sebulan di sekolah lama.
Dalam tempoh intern tersebut, saya perlu siapkan tesis dan laksanakan program-program untuk sekolah. 
How time flies!

Dulu masa masuk maktab, beringus lagi. Sedar tak sedar lagi 5 bulan saya akan berada disini dan akan menghabiskan pengajian 5 tahun setengah. 

Perasan itu bercampur baur! 
Saya gembira kerana saya sudah hampir ke suatu destinasi yang tuhan tetapkan saya untuk saya mencari rezeki.
Saya sedih kerana saya terpaksa berpisah dengan mereka-mereka yang menjadi orang-orang kuat dalam hidup saya. 

But, it's fine. 
Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:


Tiap orang Mukmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:


1. Memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. Menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. Menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. Mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. Menziarahinya ketika sakit,
6. Mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. Tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)


Semoga Ukhwah ini terus terjalin, terjamin hendak-NYA. AMEEN.



“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” 
(Riwayat Abu Daud)