21.5.13

Home » Cerita Pertama

Cerita Pertama


Dengan menulis puisi, ada rasa yang kutitipkan di sana, untuk kau baca. Dan barangkali, untuk kau coba pahami walau hanya satu kali.” 

- Tia Setiawati Priatna


Saya mungkin tak tahu semua tentang awak,
Tentang hidup awak apalagi kisah lalu awak,
Tentang hobi awak di masa lapang apalagi tempat kegemaran awak.
Saya mungkin belum kenal sepenuhnya tentang diri awak apalagi seluruh keluarga yang awak sayangi.

TAPI,

 Yang pasti saya suka ketabahan awak dan senyuman awak.
Dan saya tahu awak sangat menghormati wanita melalui cara awak.
Dan saya mungkin jauh dari awak..
Tapi awak tak pernah jauh dalam doa saya.
Awak mungkin belum kenal siapa saya sebenarnya,

TAPI,

Saya bersyukur saya kenal ALLAH terlebih dahulu sebelum mengenali awak.
Walau di mana takdir membawa jejak cinta ini,
Sama ada awak adalah pilihan ALLAH untuk saya atau sebaliknya,
Saya bahagia kerana mencintai awak seadanya bersama doa. 

Redha ALLAH lebih indah dari segalanya.



“Tuhan, bila mimpiku terlalu tinggi, rendahkan aku pelan-pelan, dan kumohon jangan terlalu membuatku kesakitan."