Bismillahirahmanirahim...
Subuh makin datang,
Sejuk mula menghilang,
Suasana tenang,
Tuhan Maha pengatur Alam,
Menghadiahkan malam dan siang.
Buat para manusia kesayangan
Menghadap langit, menadah tangan,
memohon keampunan,
memohon kesejahteraan.
Hidup semakin sesak,
Melodrama dunia kian mengasak,
Yang baik, terus bergerak,
Yang jahat, hanyut rosak,
Saki baki hidup yang hanya tinggal sekerat,
Tinggalkan sedikit untuk kembali taubat.
Bila sampai suatu detik tenat,
Perasaan akan mula menjadi dingin,
Hati mula mencari yang Hakiki.
Dulunya berpaling, menyepi,
Endahnya pada Illahi seperti tiada mati.
Tuhan itu Maha Memaafi, Maha Menyayangi,
Dikutip-Nya sisa manusia hati mati,
Dibasuh hatinya pada yang mengingini,
Dibelai-belai dirinya yang ingin dicintai,
Sejauh mana kita berlari,
Pada DIA kita kembali,
Hanya kerana DIA Tuhan kita,
Paling suci.
-SNAA-
05:50/ August 5
"Enjoy the little things in life, for one day you'll look back and realize they were big things.."
