4.8.12

Home » Imam-ku, InsyaALLAH..

Imam-ku, InsyaALLAH..

Bismillahirahmanirahim...



Perihal bakal Imam sampai matiku,
Saya tak pernah kisah kalau awak tak handsome, tak cool,  tak macho, tak gentleman, tak romantik.

Sebab apa?

Bila mana, 
suatu masa yang Tuhan telah tetapkan untuk kita dijadi-kan Adam dan Hawa nanti,  awak dah jadi suami saya.
InsyaALLAH..

Dan bagi saya, 
Awaklah yang paling handsome, paling cool, paling macho, paling gentleman, paling romantik dalam hati saya nanti. 
InsyaALLAH...

Bagi seorang isteri, 
Suami-lah insan yang paling dekat dengan diri-nya dan yang paling penting, insan yang paling rapat di hati-nya selepas ALLAH dan RASUL. 
InsyaALLAH..

Bagi saya juga,
Taat seorang isteri kepada suami bukan hanya sekadar tanggungjawab. Tapi lebih kepada rasa cinta dan sayangnya kepada insan yang diberi amanah untuk menjaganya.
InsyaALLAH..



Ya Rabbul A'alamin..
"Aku percaya Jodoh-ku nanti adalah Jodoh dari-MU."
InsyaALLAH

AMEEN.